Kamis, 31 Desember 2015

Rokok Elektronik Boleh Menyebab Kanser - Menteri Kesihatan - PELIK

Rokok Elektronik Boleh Menyebab Kanser - Menteri Kesihatan

fenanote.blogspot.com - KUALA LUMPUR - Rokok elektronik, yg menjadi kegilaan ramai, didapati mengandungi bahan pengawet yg boleh membawa kepada kanser, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

Beliau berkata antara bahan pengawet itu ialah nikotin dan propylene glycol, dan apabila dipanaskan (dalam cecair) melebihi lima volt, kombinasi bahan cecair itu akan bersifat seperti bahan pengawet.

"Ramai pengguna menghisap lebih daripada lima volt untk mendapatkan asap yg banyak.

"Bahan pengawet itu boleh meningkatkan kemungkinan kepada kanser, " katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015 di Dewan Rakyat hari ini.

Isu itu dibangkitkan beberapa anggota Parlimen termasuk Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) yg menyatakan kebimbangan penggunaan rokok elektronik yg boleh menjurus kepada peningkatan penyalahgunaan dadah.

Dalam pd itu, Dr Hilmi berpendapat cadangan penubuhan Farmasi Rakyat 1Malaysia, yg dicadangkan Irmohizam dilihat praktikal berdasarkan kesesakan dialami kebanyakan farmasi di hospital kerajaan.

Beliau berkata ia memudahkan pesakit mendapatkan bekalan perubatan tanpa perlu ke hospital, terutama bagi kawasan pedalaman.

"Cadangan pembinaan farmasi itu adlh satu idea yg bagus, " katanya.

Rang Undang-Undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015 antara lain bertujuan menubuhkan Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia bagi mengawal selia amalan profesion kesihatan di negara ini.

Akta itu adlh terpakai bagi mengawal selia Profesion Kesihatan Bersekutu yg menyenaraikan 23 profesion antaranya ahli Audiologi, ahli Fisioterapi, ahli Pemakanan, ahli Terapi, Jururadiografi Diagnostik, Juruteknologi Makmal Perubatan, Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pegawai Sains Forensik dan Pegawai Sosial Perubatan.

Rang undang-undang itu kemudian diluluskan. - Bernama

other source : http://media-info-semasa.blogspot.com, http://news.detik.com, http://bbc.co.uk

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Contact Us

Nama

Email *

Pesan *

All content at MY BLOG was found freely distributed on the internet and is presented for informational purposes only.
Images / photos / videos found in this site reserved by its respective owners.
We does not upload or host any files.
Home | DMCA | Contact