fenanote.blogspot.com - SEORANG SENIMAN DENGAN SERBA KEISTIMEWAAN
BABAK-BABAK PERKENALAN
Zaini Oje? Namanya mula saya dengar disebut-sebut pd awal tahun 70-an sebagai salah seorang graduan Universiti Malaya. Nama itu sering disebut Abang Nawawi Abdul Rahman, Ketua I Persatuan Bahasa dan Sastera / PEBAS ketika itu. Kemudiannya nama itu ada sekali sekala disebut oleh Madzhi Johari apabila dia balik dari kampus Universiti Malaya ke pejabat RTM di Kuching.
Lepas itu saya membaca tulisannya dan laporan mengenainya dlm sisipan akhbar The Vanguard ketika beliau menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Sarawak di Sibu termasuk mengenai aktivitinya dgn Qias dan rakan-rakan teater dari Sibu.
Juga diperolehi maklumat daripada adiknya Joni Oje yg menulis puisi di bawah Joni Ozea Ghani. Joni ketika itu banyak memberi sumbangan dlm rancangan Ciptaanku terbitan RTM Sarawak, iaitu ruangan yg memuatkan puisi ciptaan baru oleh para penulis tempatan dan diulas sedikit oleh saya sebagai penerbit dan penyedia skripnya. Masih ada skrip-skripnya dlm simpanan saya.
Lepas itu saya bertemu dengannya sebagai salah seorang pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka di Batu Lintang, Kuching.
PROJEK BERSAMA
Kemesraan dgn Zaini Oje dipupuk apabila sama-sama melaksanakan penerbitan antologi stensilan Sekalung Bunga Putih pd tahun 1981 yg Zaini Ozea menjadi penyusunnya. Sejak itu Zaini sering ditemui sebagai seorang pegawai DBP Sarawak yg disegani dlm acara-acara anjuran DBP.
Zaini semakin dikenali melalui Rumpun Seni Drama Sarawak (RUSDA) apabila Zaini menjadi pemimpinnya untk beberapa tahun. Melalui RUSDA Zaini menampakkan ciri kepimpinan yg menarik dan kreatif dan sifatnya yg amat sayangkan akan kawan-kawan. Demikian rapatnya Zaini dgn ahli-ahli Jawatankuasa RUSDA sehingga pejabatnya di DBP sering didatangi oleh rakan-rakan dari RUSDA.
Melalui pelbagai projek seni dlm RUSDA, Angkatan Karya dan Gabungan Persatuan Penulis Sarawak (GPPS) Zaini Ozea semakin dikenali termasuk dirinya sebagai seorang penyair romantis, seorang cerpenis dan seorang pelakon dan penari.
CIRI-CIRI MENARIK ZAINI OZEA
Zaini Ozea pernah dikatakan oleh rakan-rakan sebagai ahli neraka bukan ahli syurgapun bukan. Ini berpunca dari sikap Zaini yg amat suka tolong orang yg dlm kesusahan tak kira siapa, sehingga pd masa yg sama kadangkala boleh menyebabkan dia mengenepikan temujanji dgn rakan-rakan.
Dalam satu peristiwa Zaini lambat datang ke mesyuarat sedangkan untk membincang projek cukup besar dan rakan-rakan seperti Adi Badiozaman Tuah, Awang Bujang Hamdan, Mohd Esmawi Haji Husly, Achee Bujang dan ramai lagi sudah hadir dan Zaini menjadi pengerusi projek.
Setelah sekian lama barulah pengerusi muncul dan menceritakan yg dia sebenarnya keluar awal dari rumah untk datang ke mesyuarat. Semasa melintas depan Hospital Umum Sarawak dia terlibat seorang ibu dgn anak masih dikendong dan ada entah seorang / dua lagi dipegang tangannya oleh ibu berkenaan di stesen bas. Menurut ceritanya ibu dan anak-anak itu yg menunggu bas untk ke pusat bandar setelah mengunjungi bapa budak-budak itu di hospital. Zaini bersusah payah menghantar ibu dan anak-anak itu ke bandar sehingga lambat sampai ke mesyuarat. Peristiwa dia menolong orang kesusahan sehingga temujanji tak ditepati bukan sekali dua - cukup kerap.
SENIMAN MALU-MALU
Zaini Ozea, walaupun seorang yg kreatif dan selalu menjadi sumber idea terutama yg kreatif jarang sekali mengaku sesuatu idea itu asli daripadanya. Walaupun semua rakan tahu skrip drama ‘Tugau’ itu ditulis oleh Zaini setelah melakukan penyelidikan bersama Esmawi dan Achee dibimbing oleh Glen Walford, sampai sekarang Zaini masih mengatakan Tugas itu hasil bersama dia, Glen dan Esmawi.
Begitu jg dlm persembahan teater Zaini banyak memperkenalkan konsep pementasan dan lakonan baru Zaini enggan mengambil kredit sebagai orang yg memperkenalkan konsep itu.
Entah munfgkin kerana semacam kurang yakin dgn kualiti dan idea sendiri / ada sebab lain banyak karya Zaini belum dikumpul dan Zaini tak mempunyai salinan naskhah karya-karyanya selengkap yg dilakukan oleh Jais Sahok dgn karya-karyanya. Apabila GPPS cuba menerbitkan sebuah antologi dramanya dan puisinya kulit bukunya awal-awal sudah disediakan rekabentuk dan rekaseninya, tapi isinya sampai hari ni belum ada.
DEKLAMASI PUISI MENARIK
Dengan latar belakang teater, tarian dan seni bahasa yg mantap Zaini jg boleh menyampaikan dekon dan deklamasi dgn baik dan sudah terbukti beberapa kali kemampuannya. Dalam satu majlis jamuan makan malam di Dewan Santapan bangunan Dewan Undangan Negeri, Zaini Ozea ditugaskan mendeklamasikan sebuah puisinya sedang sebelumnya dewan riuh dgn persembahan nyanyian dan tarian yg hebat dan penuh warna-warni. Zaini berjaya menyebabkan para hadirin termasuk Yang di-Pertua Negeri berhenti makan dan diam seakan-akan terpukau sepanjang deklamasinya dan membneri tepukan gemuruh setamat sahaja persembahannya.
GUNTUR GURUH ERANG GENDERANG
Semasa Pelancaran Rakan Muda Seni Budaya Peringkat Kebangsaan di Stadium Negeri di hadapan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan saya menjadi pembaca ikrarnya Zaini ditugaskan membaca sebuah sajaknya dan kalau tak silap sajaknya Gedung-Gedung Gadang-Gadang yg penuh dgn unsur onomatopeia.
Saya dgn pakaian tradisional lengkap dgn tanjak berdiri di tengah-tengah stadium bersama kira-kira 500 anak seni mengadakan persembahan sempena pelancaran itu untk menghormati deklamasinya di bawah langit yg agak redup.
Sebaik sahaja Zaini mendeklamasi puisinya pd baris kedua / ketiga kedengaran guruh cukup gagah dan bunyi daripada alam seakan-akan serana latar untk sajak Zaini dan setelah deklamasinya berakhir hujan mula turun dan menjadi cukup lebat walaupun kami di tengah-tengah stadium terus berdiri tegak di bawah cucuran hujan, kilat dan guntur sabung menyabung.
PERSAHABATAN
Zaini memang cukup rapat dgn rakan-rakan dan sahabat handainya dan kami berlima termasuk Adi Badiozaman Tuah, Awang Bujang Hamdan Mohd Esmawi Haji Husly sering hadir bersama sebagai wakil baik RUSDA, GPPS / Majlis Teater Negeri. Dia amat rapat dgn Adi Badiozaman Tuah malah memanggil satu sama lain sebagai ‘nong’. Dalam RUSDA orang yg amat rapat dengannya selain Mohd Esmawi ialah Mohd Achee Bujang dan Mohd Wilfred Abdullah.
Semasa bertugas di Kuala Lumpur Zaini sanggup bersusah payah mencari rakan-rakan dari Sarawak yg kebetulan datang sehingga ada rakan-rakan tak mahu memberitahu takut menganggu kerjanya dan hanya muncul sendiri di hadapannya di pejabat. Malah ada rakan menceritakan Zaini sanggup mencari mereka sehingga jam tiga empat pagi. Sehingga demikian usaha Zaini melayan rakan-rakan saya sempat beberapa kali singgah rumah sewanya di Cheras.
KESENIMANAN ZAINI
Zaini Ozea@Oje boleh dikatakan seorang seniman yg lengkap pakejnya sebagai seniman. Dia boleh menghasilkan skrip, boleh mementaskannya termasuk menjadi pelakon dan kareografer / penarinya.
Semasa bertugas sebagai Pengarah DBP Sabah, rakan-rakan seniman di sana cukup menyenangi kehadirannya dan banyak sekali usahanya untk memperkembangkan seni di atas landasan DBP.
Malah pernah Zaini mengetuai rombongan penulis dari Sabah untk mengadakan kunjung ke Sarawak, termasuk ke Sibu untk mewujudkan ikatan kerjasama di kalangan seniman.
Kini sudah tiba masanya Zaini memperhalusi usaha pendokumentasian kerjayanya sebagai seniman dan mengesan kembali segala karya dan manuskripnya agar tak lenyap begitu sahaja dari persada seni negara.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar