
fenanote.blogspot.com - BANGI, Isnin - Apa salahnya Yapiem menganjur dan membiayai kursus perkahwinan kepada pelajar-pelajar luar negara?.
Demikian jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung tuduhan terbaru Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir, hari ini.
Beliau berkata, kursus itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar Malaysia di luar negara dan sudah diadakan di Amerika Syarikat, London dan Paris.
Kursus tersebut adlh gabungan beberapa kursus yg disatukan untk manfaat pelajar manakala kursus kahwin memudahkan berkahwin di luar / di tanah air tanpa perlu ikuti kursus perkahwinan semula di Malaysia.
Setiap kali diadakan, ada yg kita terpaksa tolak kerana ramai yg memohon. Pelajar-pelajar tahu manfaat daripada kursus itu yg merangkumi pelbagai perkara berkaitan kekeluargaan dan jg penjelasan berkaitan Islam sebagai agama Persekutuan, katanya.
Jamil Khir berkata, jumlah peserta kursus pernah mencecah 200 orang apatah lagi jika dianjurkan ketika waktu cuti pengajian.
Katanya, selain Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) turut terbabit.
Selesai kursus, mereka diberikan sijil. Mereka boleh bernikah di pejabat kedutaan di luar negara / sekembali ke tanah air tanpa perlu kursus semula. Bermakna apabila tamat belajar, mereka ada ijazah / diploma pendidikan dan sijil kursus perkahwinan sebagai nilai tambah, katanya.
Adakah kursus itu tak berfaedah sedangkan ia memudahkan pelajar-pelajar yg mengikuti kursus itu berkahwin di luar / pun di dlm negara?, soalnya kepada Akmal.
Akmal petang tadi mendedahkan Yapeim telah membelanjakan lagi wang berjumlah RM290, 000 di Paris untk penganjuran kursus perkahwinan yg dirasmikan oleh Jamil sendiri.
Dakwanya, terdapat dua buah program yg dinamakan ‘Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahawanan dan Pengurusan’ telah diadakan secara berturut-turut di Paris pd hujung tahun 2014 dan awal tahun 2015.
other source : http://media-info-semasa.blogspot.com, http://news.detik.com, http://twitter.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar